Saturday 17 December 2011

Come And Join Me @ My Blog..Belalang (mmbs)

Blog Name : Belalang
Name : Mohd.Mim Hj.Sukara
Address : http://belalangmy.blogspot/

3 comments:

  1. Tangga Gaji Baru 2011 SBPA – Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam
    December 8th, 2011
    Goto comments Leave a comment

    Salam, akhirnya teka-teki mengenai bentuk pembaharuan yang terkandung dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sudahpun terjawab apabila pekeliling mengenainya dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), saya kongsikan dibawah ini Tangga Gaji Baru 2011 SBPA – Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam untuk rujukan bersama.

    sbpa

    Untuk makluman, kot-kot ada yang tak tahu, SPBA akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari 2012 nanti, dan berdasarkan pekeliling terbaru SPBA ini, pembaharuan yang dilakukan tersebut selari dengan agenda transformasi negara yang memberi cabaran kepada kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti, setimpal dengan pemberian gaji dan imbuhan kerajaan.

    So lepas ni harapnya kakitangan swasta dapat meningkatkan lagi tahap produktiviti mereka, suka saya memetik laporan berita harian dibawah ini :-

    Harapan kita dan rakyat seluruhnya apabila SBPA dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari ini, ia bakal menerbitkan sinar harapan kepada seluruh rakyat untuk melihat matlamat mentransformasikan perkhidmatan awam negara supaya menjadi lebih dinamik, responsif dan berasaskan prestasi akan berjaya. Sudah sampai masa kakitangan awam memperbaiki kelemahan dan kebiasaan yang merugikan produktiviti negara seperti tabiat gemar pergi minum pagi terlalu lama atau kerap ghaib dari pejabat. <– Siapalah tu, hihihi.

    Ok dalam Skim kenaikan gaji (SBPA) Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam pula, semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung pada kekosongan jawatan tetapi ianya bergantung kepada tahap prestasi dan kelayakan sesorang penjawat.

    ReplyDelete
  2. Skim Baru Perkhidmatan Awam SBPA Jadi Tanda Tanya.....
    Kenapa dalam SBPA takde kenaikan gaji 7-13% seperti yang diumumkan oleh PM pada pembentangan budget 2012 yang ada cuma anjakan atau pergerakan gaji dari skim SSM ke SBPA? sedih..sedih dan amat sedih.

    ReplyDelete
  3. CUEPACS: JANGAN TANDATANGAN BORANG OPSYEN KOSONG

    Bernama
    21/12/2011

    KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Setiausaha Agung Cuepacs Loke Yim Pheng Selasa menasihatkan penjawat awam supaya tidak menandatangani borang opsyen kosong kerana ia merupakan dokumen amat penting yang akan menentukan kenaikan pangkat dan prospek kerjaya mereka di masa depan.

    Beliau berkata penjawat awam perlu memastikan borang berkenaan diisi dengan jadual gaji yang betul sebelum mereka menandatanganinya.

    Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), kesatuan perguruan terbesar negara dan anggota gabungan Cuepacs, memberitahu Bernama pihaknya menerima aduan bahawa ada guru "dipaksa" menandatangani borang opsyen kosong.

    "Kami amat bimbang dengan perkara ini dan menggesa ketua-ketua jabatan untuk tidak memaksa staf mereka menandatangani borang kosong hanya kerana tarikh akhir untuk menandatangani borang itu semakin hampir," katanya.

    Kira-kira 1.4 juta penjawat awam telah diberikan opsyen untuk memilih skim gaji baru dan diberi tempoh sehingga 30 Disember untuk mengembalikan borang mereka. Jika mereka gagal berbuat demikian sehingga tarikh akhir itu, mereka akan kekal dalam skim perkhidmatan sedia ada.

    Loke berkata Cuepacs turut prihatin dan bimbang dengan nasib kira-kira 200,000 penjawat awam di Gred 17 N, W dan F kerana mereka diberikan tawaran kurang memuaskan.

    Beliau menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberikan penjelasan mengenai skim baru itu kerana kebanyakan penjawat awam masih keliru dan tidak tahu berapa banyak manfaatnya kepada mereka.

    -- BERNAMA
    Posted by CUEPACS at 7:08 PG 151 comments

    ReplyDelete